Author Archives: Tok Wan Rosli

Empayar Rom Yang Musnah

 

EMPAYAR ROM YANG TELAH MUSNAH

Jajahan Takluk Empayar Rome pada 117 Masehi

Jajahan Takluk Empayar Rome pada 117 Masehi

Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokong-penyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai “Augustus“) menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi “Empayar Rom“.

Empayar Rom” boleh juga digunakan sebagai terjemahan untuk ungkapan, Imperium Romanum, yang mungkin merupakan ungkapan bahasa Latin yang terkenal yang mana perkataan imperium telah digunakan untuk bermaksud “wilayah”; “Empayar Rom” merujuk kepada bahagian dunia di bawah pemerintahan Rom. Pengembangan wilayah Rom ini yang menyeberangi sempadan negara kota Rom yang asal telah bermula sejak lama lagi sebelum negara itu menjadi sebuah empayar. Pada kemuncaknya selepas penaklukan Dacia oleh Trajan, Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang 5,900,000 kilometer persegi (2,300,000 batu persegi) dan oleh itu, menjadi empayar terbesar semasa Zaman Purba Klasik.

Tarikh yang tepat ketika Republik Rom menjadi Empayar Rom telah dipertikaikan, dengan tarikh-tarikh pelantikan Julius Caesar sebagai sebagai diktator seumur hidup (44 SM), perang Actium (2 September 31 SM), dan tarikh ketika Senat Rom menganugerahkan Octavian dengan gelaran Augustus (6 Januari 27 SM) kesemua ini dikemukakan sebagai calon. Untuk mengelirukan perkara ini lagi, Octavian mengisytiharkan diri sebagai penyelamat Republik Rom dan menyembunyikan kuasanya dengan teliti di bawah bentuk-bentuk republik. Pada kelihatannya, Republik Rom masih hidup: konsul-konsul masih dipilih, tribunal marhaen masih mencipta undang-undang, dan senator-senator masih memperdebatkan di dalam Kuria Rom. Bagaimanapun, Octavian adalah orang yang menguasai kesemua ini serta membuat semua keputusan terakhir, dan jika perlu, legion-legion Romawi akan digunakan untuk menyokong beliau.

Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun, pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi. Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.

Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.

Sumber Rujukan: Wikipedia Ensiklopedia bebas. [Gambar-gambar dipilih dan diambil dari Internet]

Ruang istana Rome

Ruang istana pemerintah Rome

Dalaman istana

Dalaman istana

ruang makan

ruang makan

istana ceasar

Istana pemerintah Rome

Perabut istana

Perabut istana

Kediaman pembesar Rome

Kediaman pembesar Rome

Taman istana

Taman istana

Mosaic lantai istana

Mosaic lantai istana

Hiasan di Istana Caesar

Hiasan dalam Istana Caesar

Peninggalan Empayar Rome

Peninggalan Empayar Rome…kini jadi pusat pelancongan

bilik-bilik istana

bilik-bilik istana

Kolam mandi

Kolam mandi

Angkatan Laut Rom

Angkatan Laut Rom

Kapal perang Rom

Kapal perang Rom

Istana Kerajaan Rom

Istana Kerajaan Rom

Peta Kota Rom purba

Peta Kota Rom purba

Tentera yang terlatih

Tentera yang terlatih

Tentera Rome

Tentera Rome lengkap dengan baju besi

Tentera Rome ketika dipuncak kekuasaan

Tentera Rome ketika dipuncak kekuasaan

Gambaran kekuasaan pemimpin Rom

Gambaran kehidupan kerajaan Rome purba

Pertarungan maut jadi tontonan ramai

Pertarungan maut jadi tontonan ramai

Pembesar-pembesar Rome

Pembesar-pembesar Rome

Pemimpin Rome di atas tandu

Pemimpin Rome di atas tandu

Para gundek kepada pembesar-pembesar Rome

Para gundek kepada pembesar-pembesar Rome

Patung ukiran menggambarkan kehidupan hedonism dikalangan bangsa Rome

Patung ukiran menggambarkan kehidupan hedonism dikalangan bangsa Rome

Isteri para pemerintah Rome

Isteri para pemerintah Rome

Rakyat Rome

Rakyat Rome

Istana kerajaan Rome

Ruang pameran di istana kerajaan Rome

Tandas awam orang Rome

Tandas awam orang Rome

 

KEJATUHAN EMPAYAR ROM

Zaman empayar Rom bermula 27 S.M. sehingga 476 M. Zaman kegemilangan empayar Rom bermula pada zaman pemerintahan Julius Ceasar Octavianus atau Augustus Ceasar .

Pemerintahan empayar merujuk kepada kewujudan seorang pemerintah berkuasa mutlak, kerajaan berpusat dan penyeragaman dalam pentadbiran wilayah takluk, kerakyatan, bahasa pengantar, mata wang, sistem timbang dan sukat dan perundangan. Namun begitu, kegemilangan empayar Rom tidak dapat bertahan. Kemerosotan empayar Rom berlaku secara evolusi bukannya secara revolusi.

 Bibit-bibit keruntuhan empayar Rom bermula sejak abad ke-2 dan ke-3 M. Keruntuhan empayar Rom sememangnya disebabkan unsur hedonisme dalam masyarakat Rom tetapi punca ini bukanlah penyebab keseluruhan kepada keruntuhan empayar Rom. Sebaliknya terdapat juga sebab-sebab lain yang menjadi penyebab kepada kejatuhan empayar Rom. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan E.A Thompson dalam bukunya yang bertajuk  Roman Reformer and Inventor yang menyatakan bahawa keruntuhan empayar Rom adalah disebabkan oleh kemewahan, kewujudan agama Kristian dan serangan orang gasar.

Menurut Joyce M. Hawkins, hedonisme adalah orang yang mempercayai bahawa nikmat nafsu adalah nikmat teragung. Manakala menurut Cambridge Dictionary, hedonisme ialah ‘living a behaving in ways that mean you get as much pleasure out of life as possible,according to the belief that the most important thing in life is to enjoy yourself.’ 

Secara ringkasnya, hedonisme adalah satu cara hidup yang mementingkan keseronokan sehingga melupakan idea-idea pemikiran dan tanggungjawab. Setelah Rom berjaya menakluk Greek dan wilayah di bahagian Timur, gaya hidup masyarakat Rom telah berubah. Walau pun Rom telah berjaya menawan Greek dan Macedonia, tetapi masyarakat ini masih lagi mempraktikkan pencapaian tamadun Yunani dan pencapaian tamadun pada zaman Hellenistik sehingga turut mempengaruhi kehidupan masyarakat Rom. Masyarakat Greek adalah masyarakat yang suka berfikir dan hidup dalam keadaan senang-lenang.

Buktinya, mereka suka berjalan-jalan untuk mencari ilham, suka menonton teater dan sukakan perhiasan. Pengaruh budaya Hellenistik ke dalam masyarakat Rom dapat dilihat pada zaman Augustus yang memperindahkan bandar Rom sama seperti yang dilakukan oleh masyarakat Greek terhadap bandar mereka dengan menanam pokok buah-buahan dan bunga dengan banyak.

Hasil daripada penaklukan ke atas Greek, golongan Senator telah membawa pulang hamba abdi untuk dijadikan pembantu.

Selain itu, anak-anak masyarakat Rom telah diasuh oleh hamba-hamba dari kalangan orang Greek. Keadaan ini menyebabkan gaya hidup orang Rom telah berubah dari cara hidup yang bersederhana kepada cara hidup yang bersenang-lenang sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka.

Empayar Rom terpaksa menanggung beban hutang yang banyak kerana sifat orang Rom yang sukakan hiburan. Empayar Rom mengalami beban hutang kerana wang kerajaan telah digunakan untuk menanggung kos pesta-pesta dan permainan yang dianjurkan,membaik pulih gereja dan tempat mandi awam.

Ini menyebabkan cara hidup golongan ini berubah dari cara hidup mereka sebelum ini. Sementara itu, wanita-wanita Rom yang sebelum ini menjadi suri rumah mula lupa pada tanggungjawab apabila mereka lebih suka bergaya dan berkumpul di rumah Cornelia* untuk berbual-bual. Perubahan gaya hidup masyarakat Rom juga dapat dilihat dengan penggunaan pinggan mangkuk yang dirampas dari Timur dan mereka juga sudah mula berminat untuk mengumpul barangan-barangan purba serta menonton teater. Perubahan yang berlaku ini secara tidak langsung telah mengikis nilai hidup masyarakat Rom yang asal yang selama ini berpegang teguh kepada prinsip kesederhanaan.

Selain itu, keruntuhan moral dan nilai-nilai murni akibat kemewahan dalam masyarakat Rom juga telah membawa keruntuhan empayar Rom. Penyatuan pelbagai bangsa dan cara hidup masyarakat Rom di bawah satu pentadbiran pada zaman ‘Pax Romana’ telah membawa kepada perkembangan industri pelacuran di Rom. Terdapat kira-kira 32 000 orang pelacur di Rom pada zaman ‘Pax Romana’ ini.

Kemewahan yang dimiliki oleh masyarakat Rom ini menyebabkan mereka membazir wang dengan mengadakan parti-parti yang sangat mewah di mana para tetamu parti tersebut akan makan dan minum sehingga mabuk.

Selainitu, keruntuhan moral masyarakat Rom juga dilihat apabila mereka mula menggemari hiburan dengan menonton pertandingan gusti yang dipertontonkan secara terbuka di Colosseum.

Pertandingan ini akan dihadiri oleh semua golongan sama ada kaya atau miskin. Semasa menonton pertandingan tersebut para penonton akan mengeluarkan kata-kata kesat sebagai tanda sokongan kepada para peserta yang bertarung. Keasyikan mereka menonton pertandingan ini telah menyebabkan mereka lalai sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka.

Di samping itu, keruntuhan empayar Rom juga berpunca dengan munculnya persaingan antara golongan aristokrat dengan golongan kebanyakan.

Persaingan ini bermula apabila golongan petani kecil yang telah dikerah untuk menjadi askar sudah tidak mampu untuk mengusahakan tanah mereka lagi setelah pulang dari berperang. Hal ini kerana tanah-tanah mereka telah dimusnahkan oleh Hannibal dan memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan kembali. Hal ini bertambah rumit apabila para petani Rom tidak mampu bersaing dengan harga pasaran semasa yang jauh lebih murah daripada harga hasil pertanian mereka ekoran daripada lambakan jagung yang dirampas dari wilayah jajahan takluk.

Sebagai langkah mudah, mereka telah menjual tanah-tanah mereka kepada golongan-golongan aristokrat dan berpindah ke bandar. Tanah-tanah tersebut telah diusahakan oleh hamba-hamba yang dimiliki oleh golongan aristokrat. Hal ini telah menunjukkan bahawa berlakunya perbezaan taraf hidup antara golongan aristokrat dengan golongan kebanyakan.Semasa di bandar mereka tidak mempunyai pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan kawasan bandar dipenuhi dengan penganggur sedangkan pada masa yang sama empayar Rom memerlukan bijirin untuk menampung keperluan makanan rakyatnya yang melebihi 100 000 orang.

Penganggur ini bukan sahaja membebankan malah membawa masalah sosial dan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Ini dikukuhkan dengan kenyataan yangdikeluarkan E. A. Thompson :

In consequence, the wealthy become wealthier than ever, and the poor were even morecruelly oppressed and exploited than before. No matter where the poor looked theysaw no respect law and so they took to crime (as the author puts it) to remedy their plight.” 2016

Walaupun penubuhan Tribune pada era republik telah menghapuskan persaingan antara kelas rakyat hina(plebian) dengan kelas bangsawan (patrician), namun persaingan ini tetap wujud tetapi dalam bentuk yang baru iaitu antara golongan kaya (aristokrat) dengan golongan miskin

Hannibal ialah anak kepada Hamilcar yang berbangsa Carthage yang merupakan keluarga askar yang berpengaruh dan memulakan rancangan untuk menawan seluruh Sepanyol.

Jagung di pasaran lebih murah kerana jagung-jagung tersebut adalah hasil rampasan daripada kawasan jajahantakluk yang tidak memerlukan sebarang modal.

E. A.Thompson, Roman Reformer and Inventor , hlm. 32.

Rome diserang musuh

Rome diserang musuh

Pemerintah Rome tewas

Pemerintah Rome tewas

 

KESTABILAN DAN KETEGUHAN SEBUAH NEGARA BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN JATI DIRI RAKYATNYA. APABILA RAKYAT TELAH DIJANGKITI PENYAKIT SOSIAL, HIDUP SEMATA-MATA MENGEJAR KEMEWAHAN DAN KESERONOKAN HAWA NAFSU, BERPECAH BELAH, MAKA NEGARA AKAN MENUJU KEHANCURAN!!!

Advertisements

Kisah Kaum Luth

Masyarakat Sadum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah  moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Kota Sadum

Kota Sadum yang ditemui 

Peta menunjukkan penempatan Kaum Sadum

Peta menunjukkan penempatan Kaum Sadum

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian parah penyakit sosialnya diutuslah Nabi Luth ‘alaihisalam sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan, kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Baginda memberi penerangan kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

Nabi Luth menyeru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Mereka juga diseru menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.

Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan percaya kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.

Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau menghadapi pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth pun sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah kesesatan dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka yang sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa. Ubat satu-satunya, menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu menular kepada tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas terhadap kekerasan kepala mereka juga untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat disekelilingnya. Beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.

Kisah Nabi Allah Luth a.s. mengikut Islam

Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya sepertimana dalam Surah Asy-Syuara;ertinya:

26:160 “Kaum Luth telah mendustakan para Rasul

26:161 “Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,”Mengapa kamu tidak bertakwa?

26:162 “Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

26:163 “Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku

26:164 “Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam

26:165 “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia

26:166 “dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas

26:167 ” Mereka menjawab, ” Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir

26:168 ” Dia (Luth) berkata, ” Aku sungguh benci kepada perbuatan mu

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

Ertinya: “Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri . (QS. Al A’raaf, 7: 80-82) 

Gambaran pelukis Bencana menimpa Kaum Sodom

Gambaran pelukis Bencana menimpa Kaum Sodom

Peninggalan Kaum Luth

Masyarakat Sadum yang musnah 

Artifak kaum Luth

Artifak kaum Luth

Kaum Nabi Luth

Kaum Nabi Luth

KINI BUDAYA KAUM NABI LUTH (SADUM) SEMAKIN MEREBAK DI SELURUH DUNIA...BAHKAN DI MALAYSIA PUN TIDAK TERKECUALI…KINI MEREKA CUBA MENUNTUT AGAR AMALAN MEREKA DISAHKAN DISISI UNDANG-UNDANG ATAS NAMA “HAK ASASI MANUSIA“…MEREKA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH…MEREKA MENCABAR BALA BENCANA DARI ALLAH…

Atlantis Yang Tenggelam

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: 

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Ertinya:Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.” Surah Al-An’aam: ayat 11)

Atlantis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, “Pulau Atlas“) adalah nama pulau legenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani Purba Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias.

Menurut Plato, pulau Atlantis yang terletak “melepasi tiang Hercules”, merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Eropah Barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens, Atlantis tenggelam di bawah ombak dalam bencana satu hari dan satu malam” akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun 415–413 SM.

Kemungkinan kewujupan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja utopia, seperti Francis Bacon’s “New Atlantis”. Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada cereka sains kepada buku komik dan wayang.

Atlantis sebuah pulau bertamadun wujud sebelum Mesir dan Cina. Wujudnya 9000 SM sebelum plato dilahirkan. Manusia-manusia di Atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana.Pulau Atlantis lenyap dari muka bumi, bahagian bumi Atlantis terdampar di beberapa benua. Terdapat di kepulauan bahamas. Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa pulau Atlantis pernah wujud. Mereka berpendapat bahawa pulau Atlantis tenggelam di bahagian Asia, kerana sejarah yang pernah diceritakan oleh plato mengatakan bahawa Atlantis adalah sebuah pulau yang kaya dengan bijih timah dan emas, selain penduduknya menanam tanaman seperti nenas dan pisang, yang kebanyakkanya berada di bahagian asia.

Gambaran Atlantis

Gambaran  Kota Atlantis

Atlantis

Atlantis di dasar lautan

Atlantis yang tenggelam

Atlantis yang tenggelam